Thursday, 26 January 2012

SPM penentu segalanya?

Bosan, bosan dan bosan? Siapa yang baca ni pun mesti bosan jugak kan? Hehehe okay la. Aku ada satu benda nak kongsi sikit ni tau tapi banyak jugak kot! Hahahah. Sementara nak tunggu result SPM kuar kan. Humm aku pun takot jugak. Hehe tu yang sampai tak tido sebab dok online ni. Muahahaha. Ok bagi budak SPM 2011 tak payah ah takot sgt k? walaupun aku pun takot. Aku ada satu cerita nak kongsi. Semua orang pikir kalau budak tu pandai mesti masa depan dia cerah nanti kan? mesti terjamin hidup dia. Mesti ada kerja. Mesti ada semua kan kan kan? Aku tak rasa camtu kot. Semuanya boleh berubah okay! So, hayati lah cerita aku ni ok. Yang penuh dgn pengajaran. Hehehe.


Mama dan ayah tiada di rumah. Mama pergi ke majlis kenduri jiran sebelah dan ayah masih di pejabat. Mama mengajak aku dan Tasha menyertainya tapi kami menolak. Aku memang malas dan tidak berminat untuk menyertai majlis seperti itu. Tasha pula, sewaktu mama mengajak dia sibuk menjahit manik di lengan baju kurungnya itu.


Aku asyik dengan Playstationku di ruang tamu. Tasha sudah siap menjahit dan sedang memasak di dapur. Baunya wangi. Membuatkan perutku berdondang sayang minta di isi. Aku menuju ke dapur. Mengintai apa yang boleh dimakan. Cuba Intai nanti kalau Tasha nampak aku habis pula. Di suruh aku tolongnya memasak. "Ahhh malas la aku. Lagipun ni kan kerja perempuan. Bukan aku. Sebagai seorang lelaki yang Macho konon, kena duduk dan cuma menjamu selera sahaja dan mungkin mengkritik serba sedikit yang tidak kena", Bisik aku di dalam hati. Tapi Tasha memang teror memasak. Tak hairan la. Pakar la katakan.


"Tina! jom la makan", Tasha menjerit memanggil aku. Bingit telingaku kerana kedudukan kami agak berhampiran. Aku datang ke meja makan lalu memuji masakan Tasha yang baunya wangi. Tasha tersengih seperti kerang busuk. Aku selamba mengambil tempat berhadapan Tasha yang menyedokkan lauk pauk ke dalam pingganku. "Wah! Enaknya. Kari kepala ikan masakan Tasha memang tip top!. Telur dadar kesukaanku juga ada. Tidak lupa juga belacan dan budu". Kataku. Belacan dan budu memang kegemaranku. Tidak boleh tinggal. Kalau ditinggal ibarat makan nasi tanpa air. Tak kenyang gitu.


Laju dimasukkan ke dalam mulutku. Apa boleh buat dah lapar. Ibarat tak makan selama 10 hari.


"Tina, Jangan gelojoh. Nanti tercekik kang", Tasha menegurku. "Ok bos", Selamba aku menjawab. Tapi aku masih juga begitu. Makan dengan agak laju dan Tasha? Hanya menggeleng kepala melihat telatahku. 


Selesai makan, Aku meneruskan misi aku dengan Playstationku. Membunuh penjahat-penjahat yang telah membuat tidurku tak lena. "Sorry Sha, I can't help you. Ada misi yang perlu diselesaikan".  Tasha hanya tersenyum mendengar kata-kata aku. Lalu mengemas meja makan dan mencuci pinggan yang telah digunakan. 


"Ya Allah! Tina, Dari mama keluar sampai mama pulang kamu tak sudah lagi main game tu?", Mama mula bising apabila melihat aku yang asyik bermain Playstation. "Tina ada perjuangan ma. Penjahat-penjahat perlu dihapuskan", Aku menjawab selamba. "Mama tahu kamu dah habis exam, tapi buatlah kerja yang berfaedah sikit", Mama bising lagi. "Ya ma, Esok tina tolong mama k?" Kataku. "Esok, esok dan esok! Cuba bantu mama, kemas rumah, lipat baju, sidai kain, cuci pinggan, Masak....." "Itu kerja perempuan la ma", Belum sempat mama habiskan ayat aku memotong. "Habis kamu?!" Aku tersengih mendengar soalan mama. 


"Cuba tengok Tasha tu. Semua kerja dia buat. Boleh juga mama rehat-rehat". Kata mama. "Ya ma, Tasha buat." Balasku, bimbang mama akan melenting lagi.


Seminggu berlalu, Esok keputusan SPM akan  keluar. Aku tahu dan yakin bagaimana rupa keputusanku. Lena tidurku. Tidak aku risau tentang semua itu. Alah bisa tegal biasa. Tidak ku harapkan apa-apa. Aku sedar diri aku. Aku bukanlah pelajar cemerlang seperti Tasha. Tasha yang hebat dan cemerlang. Tasha tak lena tidur. Memikirkan bagaimana rupa keputusan SPMnya. 


Seawal jam 5 pagi Tasha mengejutkan ku untuk mengerjakan solat subuh. "Uiii minah.. awal gile solat subuh. Subuh belom masuk lagi la cik Tasha.. Tahulah awak tu semangat nak ambil result awak". Aku menyambung kembali tidurku. Sejuk..Hujan pula tu. Aku menarik gebarku menutup wajahku. 


Jam 6.30 pagi. Aku terjaga dari tidur. Lantas aku bangun mencuci muka dan mandi. Selepas itu, mengerjakan solat subuh. Selepas solat, aku menjenguk bilik Tasha. Tasha tiada dibiliknya. Tentunya di membantu mama di dapur. Ah! Aku dan Tasha benar-benar berbeza walaupun kami kembar.  Tasha cun, Aku pun cun juga tapi sedikit hensem. Maknanya? Tak de maknanya. 


"Ai baru turun tina?" aku tersengih-sengih saja mendengar ucapan yang keluar dari ulas bibir mama. Mama tentunya kurang senang dengan sikapku. Aku tahu. Aku sudah lama tahu. Namun apa kan daya bukan ku pinta jadi begini. Eh jiwang pula pagi-pagi buta ni. Aku menarik kerusi lalu terus duduk. Aku mencapai minumanku dan terus minum. Tasha menepuk tanganku. "Tunggu ayah". Tasha lambat menegahku. Sudah separuh minuman ku tinggal. Aku cuma tersenyum. Mama menggeleng-geleng kepala melihat aksiku. Membantunya di dapur malas. Tahunya turun, terus breakfast.. Amboi anak raja!


Tepat jam 7 pagi ayah muncul. Ayah memberitahu yang dia tidak boleh menghantar kami ke sekolah kerana ada urusan di pejabat. Kami tidak kisah. Ayah memang selalu sibuk dengan urusan kerjanya. "Lynn jemput kami nanti ayah", Kata Tasha untuk menyedapkan hati ayah dari perasaan besalah kerana tidak dapat menghantar kami ke sekolah. "Nanti bagitahu result k. Ada hadiah tau!", Kata ayah untuk menaikkan semangat kami. Aku tidak mengharapkan apa-apa dari ayah kerana aku tahu, aku tidak akan dapat memperolehinya. Keputusanku tentu saja tidak melayakkan aku mendapatkan apa-apa dari ayah dan mama.


Suasana di SMKGP meriah. Macam ada pesta. Masing-masing dengan gelagat sendiri. Ada yang senyum kegembiraan. Menangis kegembiraan. Ada juga yang menangis kesedihan. Tidak kurang yang memeluk antara satu sama lain dengan senyuman paling manis. Bahagia dan gembira tentunya menerima keputusan. Setelah penat berjuang, akhinya kemenangan milik mereka. Siapa tak suka kan? Wajahku selamba. Macam tiada rasa. Lynn dan Tasha sudah berdebar-debar. Tidak sabar menanti keputusan mereka. Gementar dan takut saling berganti dalam diri mereka. "Tahniah". Ucapan yang keluar dari bibir cikgu Nasyura kepada Tasha. Tasha tersenyum panjang. Matanya pantas melihat slip ditangan. Alhamdulillah. Semuanya A. Syukur. Mama mesti berbangga dengannya. Aku hanya terdiam menerima slip keputusan daripada cikgu Nasyura. Tiada ungkapan yang keluar dari ulas bibir cikgu muda itu.
Aku tahu keputusan aku tidak sebagus Tasha. Ku lipat slip keputusan itu tanpa melihatnya lalu ku simpan di dalam beg. Tasha juga tidak bertanya. Mungkin dia juga mengerti.


"Alhamdulillah", Mama memeluk erat Tasha. Aku hanya diam di sebelah. Sepertinya aku bukan anak mama. Padahal kami kembar. Tentunya kami dilahirkan dari rahim yang sama. "Tina?" , Mama memandang ke arahku. Aku hanya mengangkat bahu. Mama mencapai beg galasku. Lalu diselongkar semua barang-barangku. Slip yang ku lipat diambil buka. Membulat matanya. "Ya Allah! Tina! Sampai hati tina buat macam ni kat mama?! Kenapa sampai tak de A langsung?" Marah mama. "Tina minta maaf, tina tak sepandai Tasha." Jawabku. "Apa pula tak pandai!! Dua-dua mama hantar tusyen. Bagi makanan berkhasiat yang sama. Apa masalahnya tina? Mama.... Belum sempat mama menghabiskan ayatnya aku terus berlari ke bilik. 


Di bilik, aku menghempaskan badanku ke atas katil empukku. Aku merenung sepi ke arah syiling. Lama. Fikiranku kosong. Aku langsung tidak berasa sedih dengan keputusan ku kerana aku tahu sedar aku tidak berusaha langsung ke arah kejayaan. 


"Tina SPM berapa A?", Mak Leha jiranku bertanya. Aku tersenyum tawar.
"Aku tanya ni Tina oiii...." Marah Mak Leha. "Keputusan saya tak Ok pun mak cik oi", Perlahan aku menjawab. "Tasha?", Tanya Mak Leha. "Straight A", aku menjawab.


"Pandai Tasha tu. Kenapa pula kau tak Ok? tu la.. banyak main sangat kau ni. Macam mana nak Okay". Aku cuma diam mendengar kata-kata Mak Leha tu. Tak kisah sangat sebab aku tahu dan faham mulut Mak Leha.


Setiap kali aku keluar rumah. Ke kedai, Ke sungai, Ke mana sahaja. Semua orang yang bertemu menanyakan keputusan SPM aku. Kenapa lah mereka semua sibuk-sibuk nak ambik tahu pasal resultku. Kemudian, mengata pasal aku. Bukan aku nak menuduh tapi itu realitinya. Bukan sekali dua tanya. Banyak kali. Sekali dua aku masih boleh tahan lagi. Tapi dah berulang-rulang kali tanya, buat aku sedih pula. Sedikit menyesal dan malu mengenangkan kesilapan aku. Ah! Menyesal kemudian tidak berguna. 


Banyak tawaran diterima Tasha sehingga dia sendiri pening untuk membuat keputusan. Mama dan ayah tidak kisah dengan pilihan Tasha. Mereka akan tetap menyokong. Begitu juga dengan aku. Aku tidak kisah dengan pilihan Tasha. Namun, jauh disudut hati aku berasa sedih. Aku terpaksa berjauhan dengan Tasha. Tiada lagi orang yg akan mengosok baju aku. melipat bajuku. Mengemas katilku. Selepas ini aku terpaksa melalukannya sendiri. Kalau sebelom ni aku banyak makan hati dengan mama. Tasha yang selalu membuatku tersenyum. Apabila aku dikenakan hukuman oleh mama. Tasha yang selalu memujuk mama agar meringankan hukuman yang dikenakan. 


Tasha kini menyambung pelajarannya di sebuah IPTA di Kuala Lumpur. Itupun setelah penat aku memujuknya. Ikutkan hatinya dia tidak mahu berjauhan dengan aku. Namun apakan daya, aku terpaksa memujuk dia agar tidak mengecewakan harapan mama dan ayah. 


Sudah setahun Tasha berada di Kuala Lumpur bermakna sudah setahun jugalah aku bekerja di bengkel kereta milik encik Hisham. Sibuk aku denga kerja-kerjaku. Walaupun aku perempuan, tetapi aku lebih berminat dalam bidang automotif. Jadi tak salah rasanya aku menimba pengalaman di sini. Tapi mama asyik bising di rumah. Katanya aku bergaul dengan mat-mat rempit. Alahai mama! Bukan aku berkawan dengan mereka tapi mereka customer kat bengkel ni. Tapi mama tak pernah faham. Mama cakap aku ni macam-macam la. Tapi aku tahu mama tentunya risaukan aku. Almaklumlah aku ni anak perempuannya. Maknanya mama pun sayang aku. Bahagia aku dibuatnya!. Yalah, sebelum ni asyik puji Tasha je kan? Kadang-kadang cemburu juga aku dibuatnya. 


Semenjak Tasha tiada, tugas-tugas Tasha semua aku yang lakukan. Tak sangka juga aku ni pandai juga masak. Boleh lawan Tasha sudah! Sekarang mama hanya tinggal goyang kaki ja. Sekarang mama menghabiskan masa terluangnya menjahit manik. Katanya mahu menyimpan duit sedikit untuk pelajaran Tasha. Mama tidak mahu Tasha terganggu.  Kadang-kadang tidak tidur mama menyiapkan jahitan manik untuk pelanggannya. Kasihan mama. Yang penting Tasha dapat belajar dengan selesa. Besarnya perngorbanan ibu. Basah mataku. 


"Ma...." aku menegur mama. Mama menoleh ke arahku dan menghulurkan sekuntum senyuman. "Tina ingat nak sambung belajar la ma". "Tina nak belajar apa?", Tanya mama. "Tina nak belajar kemahiran. Ketuk body dan cat kereta". Membulat mata mama mendengarnya. Mama menasihati aku. Apa boleh buat. Aku hanya berdiam. Tapi aku tetap akan belajar menggunakan duit kerja aku sendiri. 


Sepuluh tahun kemudian, Aku membuka bengkelku sendiri. Aku berbangga dengan kejayaanku kerana bengkelku semakin maju. Mama pun sudah tersenyum melihat kejayaan aku. Ayah sudah tidak bekerja lagi.  Hanya dirumah bercucuk tanam. Bosan katanya, jadi dibelakang rumahku di tanam pelbagai jenis sayuran. Jadi tak perlu la nak beli sayur di pasar lagi. Mama pula tidak menjahit lagi. Hanya menjaga cucunya. Anak-anak kepada Tasha. Dan Tasha? Tasha sudah berumah tangga dan mempunyai 4 orang anak. Dia menjadi surirumah sepenuh masa. Tiba-tiba aku teringat kisah beberapa tahun lalu..


"Maafkan Tasha ma. Sha bukan sengaja". Tasha menangis teresak-esak. Melutut dihadapan mamaku. Ayah sejak tadi hanya diam. Menjadi pemerhati. Aku juga begitu. Tidak ku sangka Tasha sanggup melalukan ini semua. Penat ayah dan mama cari duit untuk melihat dia berjaya. "Maafkan Sha, Ayah".
"Mama tak sangka kamu buat begitu pada kami. Mama hantar kamu ke sana untuk belajar bukan untuk cari jantan!". Marah sekali mama. Tasha belari masuk ke dalam bilik. Aku mengekori Tasha.


"Ceritakan pada tina kenapa jadi macam ni?" Aku bertanya perlahan.  Tasha memeluk aku.
lalu menjawab. "Kejutan budaya, Kita orang kampung. Pertama kali datang kota besar Sha silap pilih kawan". Dari seorang gadis kampung, Tasha menjadi gadis moden. Paling glamour. Dari situ Tasha hanyut. Keseronokkan membutakan Tasha sehingga dibuang kolej.


Itu kisah lalu. Kisah yang banyak memberi pengajaran kepada aku tentunya. Kini Tasha sudah bahagia. Bahagia bersama anak dan suami yang dicintainya. Anak Tasha juga kembar seperti kami. Rina dan Rini Persis seperti kami, Rini agak sedikit kasar. Rina pula lebih pandai dari Rini. Tapi, Tasha sayang akan kedua-duanya. Tasha tinak pernah membezakan kasih sayang dia terhadap anak-anaknya. Tasha sedar dia pernah mengecewakan ayah dan mama. Satu hari apabila anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke IPTA, Tasha akan pantau. Setinggi mana pun kepercayaan terhadap anaknya, Pantauan itu perlu. 


Dan aku? Aku masih bujang seperti dahulu. Walupun taukey workshop, tapi aku sudah pandai berbaju kurung dan menempek bedak sedikit di wajahku. Aku sedar, Selama ni aku bukan bodoh. Aku juga boleh. Walaupun aku gagal SPM ku, namun kegagalan aku pada masa lalu tidak bermakna aku akan gagal buat selama-lamanya. 


Sekian!
 Itulah kisahnya. Sakit tangan aku. Huhu dari pukul satu aku tulis. pukul 3.55 baru siap!!! :( Harap memberi pengajaran kepada semua okay? Gotta go. Nak tidur ah. Huhu bye :)

No comments:

Post a Comment