Sunday, 29 January 2012

Isteriku dimana?!!




"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.


Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Moral: Jangan dok berangan nak beristeri kalo masih xckup syarat n pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi..

P/S : Cerpen ini bukan milik aku. Saja aku ambil. Untuk rest minda ni kejap. Easanya ni kat iluvislam kot.

Saturday, 28 January 2012

Cinta Perang Dunia II

Try hasilkan Cerpen berunsurkan sejarah sikit. Idea dari my cousin :) 


                  



1 September 1939, Peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakkan dalam dunia sejarah moden dan mengorbankan paling banyak nyawa. Tetapi, peperangan itulah yang menemukan aku dengan seorang gadis yang istimewa bagi aku. Peperangan ini berpunca daripada Nazi yang mendakwa kaum yahudi menjadi penyebab orang Jerman tidak maju, mahu merampas hak kulit putih dan sebagainya. Apabila sebahagian rakyat Jerman mula percaya dengan slogan ketuanan kulit putih ini, dapat memudahkan Hitler dan Nazi untuk meminggirkan dan menindas kaum yahudi. Mulanya harta kami dirampas, kami diasingkan daripada mendatangi tempat-tempat yang dikhususkan untuk kulit putih dan pelbagai lagi penindasan lain.


Agnieszka Anton, Seorang gadis Poland yang berusia 17 tahun. Pertemuan kami secara tidak sengaja di dalam kereta api menuju ke Kem Tahanan Auschwitz, apabila sehelai sapu tangan yang bewarna merah jambu bersulamkan nama Agnieszka jatuh di hadapanku.


"Agnieszka?", Aku memanggil. Untuk mengetahui siapa pemilik sapu tangan itu.
Tiba-tiba seorang gadis muda berkulit putih menoleh. Wajahnya yang sungguh menawan dan bibirnya yang merah mengukir senyuman kearahku membuatkan aku terpukau seketika.


"Awak panggil saya?", Katanya.
Aku masih terpukau dengan kecantikkannya.
"Hey! awak panggil saya ke tadi?", Dia bertanya sambil tangannya melambai-lambai di hadapan wajahku.
Aku tersedar dari lamunan.
"Awak Agnieszka? Sapu tangan ini milik awak?", Aku bertanya sambil menunjukkan sehelai sapu tangan kepadanya.
"Ya! Macamla boleh jatuh ni. Terima kasih. Sapu tangan ini sangat penting. Ini hadiah dari nenek saya. Kalau hilang pasti nenek saya sedih disana", Katanya.
"Di sana? maksud awak?", Tanyaku.
"Oh, di syurga! Nenek saya telah lama meninggal", jawabnya.
"Oh..maaf! saya tak tahu"
"Tak mengapalah!", Agnieszka berkata sambil tersenyum.


Wajahnya sungguh jelita. Senyumannya sangat manis. Boleh membuatkan mana-mana kaum adam cair dan terpukau oleh senyumannya.
Sejak dari pertemuan itu kami bersahabat baik. Dia memperkenalkan dirinya kepadaku. Menceritakan bahawa dia terpaksa ke Auschwitz untuk mendapatkan tempat tinggal yang baru atas janji-janji yang dijanjikan oleh pihak Jerman.




"Saya ke Auschwitz untuk mendapatkan tempat tinggal yang baru. Awak dari mana?", Tanya Agnieszka.
"Austria", aku menjawab sambil tersenyum.
"Nama?", Tanya Agnieszka lagi.
"Manuel, Ya! Manuel Hunn",Jawabku.
Dia senyum mendengarkan namaku.


Sebenarnya, aku ke Auschwitz untuk mendapatkan tempat tinggal yang baru juga. Memulakan hidup yang baru seperti yang dijanjikan oleh pihak Jerman. Kami langsung tidak menyangka kami ke Auschwitz untuk menjadi hamba di Kem Tahanan di sana.


Hampir sebulan aku mengenali gadis yang bernama Agnieszka. Hampir sebulan jugalah kami berkongsi cerita tentang keluarga dan pelbagai lagi di dalam keretapi ini. Sebelum tidur, Agnieszka selalu meminta aku bercerita untuknya. Katanya dia suka mendengar aku bercerita.


"Akhirnya tuan Puteri dan Putera Ken hidup dengan aman...", Aku tidak menyedari Agnieszka sudah tertidur di bahu ku. Aku menyelimutkannya dan membiarkan dia tidur di bahuku. Iyalah, Agnieszka tidak mempunyai keluarga. Bahkan wajah ibu bapanya sendiri tidak pernah dilihat olehnya. Dia hanya tinggal bersama Neneknya. Tetapi malang, Neneknya juga meninggalkannya sewaktu usianya 15 tahun. Aku simpati bila mengingatkan kisah tentang kehidupan gadis ini.


Aku merasakan Agnieszka seorang gadis yang baik. Aku tidak mahu dia tinggal beseorangan apabila kami sampai di Auschwitz. Aku merancang untuk memberitahu bahawa aku akan melamarnya sebaik sahaja tiba di Auschwitz nanti.


Hari ini kami akan tiba di Auschwitz. Hari yang mungkin akan menjadi paling bermakna buat aku dan Agnieszka. Aku akan melamar Agnieszka hari ini sebaik sahaja tiba nanti.


"Sebentar lagi saya akan tinggal seorang diri, Awak akan tinggal saya dan mulakan hidup yang baru. Saya akan keseorangan", Kata Agnieszka.
Aku dapat melihat Air mata di wajahnya.
"Tidak, Sebentar lagi awak pasti tidak akan keseorangan. Percayalah saya. Saya tak akan tinggalkan awak. Awaklah gadis yang saya cari dan saya sudah jatuh cinta dari sewaktu pertama kali melihat awak", Aku berkata sambil megenggam erat tangan Agnieszka.


Agnieszka tersenyum. Pipinya merah sekali. Comel! Kami berdua sepertinya tidak tenang dan sabar untuk sampai ke Auschwitz bagai cacing kepanasan.


Sebaik saja tiba di Auschwitz, Kami terkejut apabila turun daripada kereta api itu, seorang nenek tua di tarik oleh salah seorang Tentera Nazi untuk mengikut mereka. Kami berdua dan juga ramai lagi dipaksa mengikut  Tentera Nazi untuk ke Kem Tahanan.


"Saya takot", Kata Agnieszka.
"Takpe, Saya ada. Saya akan melindungi awak nanti", kataku ibarat seorang pahlawan yang dapat melindungi Agnieszka.


Di Kem Tahanan Auschwitz, Josef Mengele, Seorang yang cukup sinonim dengan holokus terutamanya kekejaman yang berlaku di Kem Tahanan Auschwitz. Diberi gelaran 'Malaikat Maut' kerana hanya dengan lambaian tangannya ke kiri atau ke kanan boleh menentukan seseorang itu akan hidup atau mati di Kem Tahanan ini.


"Saya takot....", Perkataan yang sama diucapkan oleh Agnieszka lagi.
Aku hanya diam. Perasaan takot juga menyelubungi diri ini. Aku mengenggam erat tangan Agnieszka.
Tentera Nazi menarik tangan Agnieszka untuk diasingkan. Agnieszka meronta-ronta. Menjerit memanggil aku. 


"Jangan sentuh dia!!!", Jerit aku.


Aku cuba untuk menyelamatkan Agnieszka tetapi aku yang dibelasah teruk oleh Tentera Nazi dan pegawai polis.


Akhirnya kami terpaksa diasingkan. Kami terpisah!. Wanita dan kanak-kanak Yahudi terpaksa dihantar ke kamar gas untuk mati dan dijadikan bahan eksperimen oleh Josef Mengele kerana mereka kaum yang lemah dan tidak berguna bagi mereka.


Aku pula masih diberi peluang untuk hidup untuk dijadikan hamba kerahan tenaga bagi mereka kerana aku masih mampu melakukan pekerjaan. Aku tidak menyangka Cinta aku dan Agnieszka berakhir seperti ini.


Aku mendengar berita bahawa sewaktu kaum wanita dan kanak-kanak dibunuh, Mereka dipaksa melucutkan pakaian. Tidak dibenarkan memaikai seutas benang di badan! Mereka kejam! Mereka bunuh Agnieszka!!


Beberapa tahun kemudian, Aku dibebaskan dari tahanan.Semua tahanan dibebaskan dan dibenarkan pulang ke tempat asal masing-masing. Ketika di dalam kereta api, aku teringat akan kenangan aku bersama Agnieszka. Perkenalan kami dan kenangan-kenangan bersama. Indah pada waktu itu! Aku tidak pernah melupakan Agnieszka dan tidak akan sesekali melupakannya! Aku berharap Agnieszka juga begitu. Agnieszka  akan selalu berada di dalam hati aku. Selamanya.


Tamat
Hahaha sudah la. Nanti makin banyak aku mengarut. Anyway, Thanks untuk cousin aku, Nuraqila Mohd Murshid yang banyak memberikan info-info sejarah ni! Hehe! Nite :)




ilham Oh ilham!

Ish bila idea ni nak datang ha? Apa-apa pun aku suka dengar lagu Rapuh by opick. Banyak makna. Maksud yang mendalam. Sedalam-dalam air. Ha! Apa aku merapu pulak. Hehe. Iya la, Kita manusia biasa kan? Hidup di dunia yang penuh dengan rencam dan ragam. Kadang-kadang kita lupa kepada Tuhan yang mecipta alam semesta ni. Kalau kita hayati bait-bait lirik lagu Rapuh ni boleh buat kita insaf kejap kot. Eh takmau la insaf sekejap. Lagi bagus insaf takde sekejap okay? Hahaha. 


Btw, Aku baru selesai tengok sad sonata. Sangat sedih. Kwon sang woo handsome gila! Hehehe. Heroin cun la gak.  Tapi aku nak tengok sebab hero dia la yang handsome tu! :p 


Actually aku tengah sedih tapi ego gila tak mau cerita kat orang. Pendam ja. Hahaha dah perangai aku macam tu. Kalau aku sedih, aku diam ja. Kalau nak menangis pun, menangis bila orang tak nampak. Kecuali kalau dah tersebak sangat-sangat, lepas juga tang tu! Haha okay la. Aku nak cari ilham. Nak try buat cita best-best lagi kali ni. Tadi petang tak berapa best sebab aku tak de mood. Mood sedih je time tu.


Malam ni nak try create yang best-best. InsyaAllah. :)

Adakah Kawan?

Okay, aku bosan waktu petang ni. Saja buat cerita sikit. Lagipun tengah ada mood sedih. Hahaha. Cerpen ni tak best sangat kot. Harap enjoy. 



Aku memang bodoh. Selalu dimarahi. Sebabnya? sebab aku bodoh. Anak yang tak berguna. Ibuku selalu memerli aku. Walaupun dari segi dia cakap itu, dia fikir aku tak faham. Tapi aku faham. Ah! Aku memang tidak secantik anakmu itu. Aku hodoh kan? sebab itu aku selalu dipinggirkan. Aku bukannya baik sangat. Tapi aku nak dianggap seperti anak-anak yang lain. 

"Eh! Tak payah la tengok cermin tu, kalau muka cantik takpe jugak! Menyampah ada la", ibuku datang dan berkata. Dalam hati aku seperti digores dan dicucuk-cucuk oleh objek yang tajam. Meraung! Aku tak tahu kata-katanya itu cuma untuk bergurau senda dengan ku atau sebaliknya? Seorang anak, pasti akan terasa jika kata-kata itu dikeluarkan. Persis seperti aku. Aku cumalah anak gadis yang biasa. Aku juga manusia. Yang mempunyai perasaan sedih, marah, tersingung dan semuanya! Tapi aku mengambil langkah untuk berfikir secara positif dan menganggap itu hanyalah gurauan dari ibuku.Air mata yang akan mengalir diseka oleh aku dengan segera. Bimbang. Bimbang kalau-kalau ibuku terlihat aku bersedih. 

Aku selalu dibezakan oleh adik beradik yang lain. Aku sedih. Aku cuma ada dia. Aqif. Dia untuk meluahkan perasaan sedih aku.  Walaupun kami banyak perbezaan. Aqif baik sangat. Selalu mendengar cerita-cerita aku. Aku 'happy' bila ada dia. Walaupun kami cuma berteman di alam maya. Dia selalu menunggu aku 'online' dan bertanya khabar. Sehingga suatu hari aku sudah tidak tahan lagi menahan kesedihan dan berkongsi cerita bersamanya. Kami semakin rapat. Setiap hari kami 'berskype' untuk bercerita tentang apa yag terjadi hari ini. Masing-masing berkongsi cerita. "Kau ni kelakar jugak. Sakit perot aku dengar cita kau", dia berkata sambil tersenyum diskype. Kami tak henti-henti bercerita dan ketawa. Kadang-kadang aqif bergurau kasar denganku. Sampai tiba-tiba aku 'touching' tapi baik kembali sebab aku tahu dia hanyalah bergurau.

Walaupun rupa parasku sederhana. Tetapi dia tetap menerima aku sebagai kawannya. Dia tinggal jauh. Aku di johor dan dia pula di sarawak. Setelah 8 bulan, kami semakin sibuk. Dia sibuk untuk meneruskan pelajarannya. Aqif pernah menghantar mesej di nomborku. "Rina, kau sihat? Selamat menyambut bulan ramadhan okay". 2 minit kemudian, aku membalas, "Aku sihat, cuma busy sikit. Kau? Selamat menyambut bulan Ramadhan jugak". Dia membalasnya kembali dan mengatakan dia juga sihat cuma ingin bertanya khabar.

Perbualan kami terhenti disitu. Setahun berlalu, Aqif tidak menghubungi aku langsung sejak dari hari itu. Aku cuba menelefon nombornya. Tetapi nombor itu tidak digunakan lagi. Masa Hari raya Aidilfitri juga, ada aku kirimkan mesej. Tapi mesejku tidak dibalas. Aku cuba mencarinya di Facebook tetapi accountnya sudah tiada. 

Suatu hari, aku cuba mencarinya di twitter. Akhirnya aku menjumpai. Alangkah terkejut aku melihat abangya  menulis yang dia sudah meninggalkan dunia ini sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Salam, im his brother. Just want to let you know yang my bro sudah meninggal dunia secara tiba-tiba". Kata abangnya. Tarikh yang dipost itu selepas menyambut hari raya.

Aku tidak menyangka Aqif pergi meninggalkan semua dalam keadaan usia yang muda. 19 tahun. Aku meyedekahkan Al-Fatihah untuknya. Aku berharap dia di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aku agak terkilan kerana terlambat mengetahui bahawa dia telah meninggal. Dia baik dan kuat agama. Selalu memberi nasihat keagamaan kepadaku. Aku yakin pasti dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

THE END

Haha, okay. Sedih kan? Cerita kali ni pendek sikit. Sebab aku takde idea. Sorry. Hope enjoy ya :) Okay cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak anda kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati :)

Friday, 27 January 2012

Cinta Si gadis Rabun

                                                               
Okay. Aku rasa nak buat satu cerita setelah selesai bercomment-coment dan chatting dengan kawan-kawan aku ni. Tiba-tiba dapat ilham pulak nak buat satu cerita ni. Yela. Kawan aku request cerpen cinta pulak. So, nak try la. Mana la tau jadi ke kan kan? Heheh aarghh suka tulis 'kan kan' ni. Aku rasa jangkit daripada budak tu ah. Budak tu? Haha sapa ya? Rahsia la! :p Ok, Skg ni orang bercinta semua pandang rupa je kan? Yg handsome, mesti lah nak yg cantik. Tambah yang tak handsome pun nak yang cantik kan? Huhu. Ok la. Cerpen ni ada kena mengena la jugak dengan aku cakap tadi ni. Ok jom start k!

Bercakap tentang lelaki idaman, mesti semua orang ada lelaki idaman masing-masing kan? Aku pun ada jugak.Dia memang kacak. Muka ala-ala 'Zain Saidin' yang tengah hot berlakon drama Gemersik Kalbu tu tau. Dia ni kira rebutan gadis di luar sana la. Termasuk la aku.


Nama dia Haikal. Classmate aku dulu masa di sekolah menengah dan sekarang kerja pun tempat yang sama. Kebetulan atau jodoh ya? Aku tersenyum bila memikirkannya. Ala.. kami cuma kerja kilang aje. Walaupun kerja kilang, aku tak kisah. Janji halal. Tak macam sesetengah orang tu. Sibuk nak kejar Dato tu la, Dato ni la. Last-last dapat datuk tua kerepot! Kesian kan? Aku tak kisah kalau bakal suami aku ni tak kerja besar pun. Asalkan bekerja dan boleh membahagiakan aku.


Cerita pasal suami, mahu ke Haikal jadi suami aku? Mahu ke terima aku? Aku yang terhegeh-hegeh nakkan dia. Entah dia sikit pun tak pandang aku ni! Aku tahu, Aku dengan dia banyak sangat perbezaan. Siapalah yang sanggup peristerikan perempuan berkaca mata tebal macam aku ni? Aku bukan saja-saja nak pakai cermin mata tebal. Tapi aku memang betul-betul tak nampak. Semua rabun aku sebat. Rabun jauh. Rabun dekat. Nasib tak buta. Alhamdulillah. Masih boleh dapat melihat alam ciptaan Allah ini.


Tiba-tiba mata aku tertumpu pada seseorang. Dia betul-betul berada dihadapan aku. Siapa lagi kalau bukan Haikal. Rasa nak tercabut saja jantung aku. 
"Hai Haikal..." aku melambai tangan ke arahnya. Aku tersenyum. Tapi dia buat tak tahu saja. Sedihnya aku!


"Hai je? Pergi la dekat dia.. tegur dia. Setakat lambai camni aku pun tak layan", Tegur Fakrul yang duduk di sebelah aku.
"Tak mau, kalau dia tak layan aku macam mana?", balasku. "Cuba dulu, baru tahu", Fakrul memberi cadangan kepada aku.
Aku berjalan menuju Haikal. Tapi dia semakin jauh. "Lari la Ika!", Jerit Fakrul. Aku cuba mendengar kata-kata Fakrul. Tercunggap-cunggap aku berlari mengejar Haikal.


"Haikal!!!....", jerit aku. "Kau nak apa Ika?!", Jerit Haikal seolah-olah tidak suka aku memanggil namanya."Aku.....", Terketar-ketar aku untuk mengeluarkan kata-kata apabila melihat wajah Haikal. Wah! Dia memang kacak. Bisik aku di dalam hati. "Kau nak apa ni?! Cepat la.. Aku ada kerja lagi ni", Jerit Haikal semakin kuat. Aku terkejut lalu menjawab "Aku nak kau! erkk..", Malu aku apabila mengeluarkan kata-kata itu. Betul ke apa aku cakap? Aku gementar.  "Kau nak aku? Jadi kau sukakan aku la?", Tanya Haikal.


Aku cuma mengangguk kepala. Di dalam hati aku berasa amat gembira. Yes! Haikal senyum juga. Entah-entah dia pun sukakan aku macam aku sukakan dia. Haikal kemudian menarik cermin mata aku.
"Kau nampak?", Tanya Haikal. "Mana la aku nampak sebab kau buang cermin mata aku.", Jawabku."Kalau kau sukakan aku, kau kena jangan pakai cermin mata. Aku lebih suka kau tak pakai cermin mata. Boleh kan?". Aku dengan laju menjawab "Boleh!!" kerana terlalu gembira aku pun menjawab dengan laju dan bersetuju tidak memakai cermin mata. Haikal membuang kaca mataku di dalam tong sampah. "Eh! Tapi kalau aku tak pakai camne aku nak jalan?", tanya aku."Ala.. kau jalan terus 10 langkah dari sini, pastu kau belok kanan k? sampai la bus top tu". Aku tersenyum mendengar jawapan Haikal. Alangkah gembiranya hati aku ni. Aku mengikut apa yang di katakan oleh Haikal. 
Semasa aku mengira langkah aku perlahan-lahan sambil memikirkan aku sedang bemesra-mesraan bersama Haikal, Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi.
          "Pinnnnnnnnn!!!!"
Bingit telinga aku. Tiba-tiba terdengar suara Fakrul menjerit. "Ika! Apa kau buat ni? kau nak mati ke?", marah Fakrul sambil menolak aku ke tepi. "Oii! Buta ke?", ada suara laki menjerit.


"Bila masa nak mati pulak. Nak naik bas la. Nak balik rumah ni Fakrul!", Jawab aku. "Bas? kepala hotak kau! Kau ada kat tengah-tengah jalan ni tau, nasib aku nampak kau! mana cermin mata kau?", Marah sungguh Fakrul.


"Ish taktau la. Aku jalan dari sana tu tadi. Mungkin kat Tong sampah tu.", jawab aku. "Kau tunggu sini jangan pergi mana tau! nanti aku datang." Fakrul mengarahkan aku duduk di situ dan dia mencari cermin mataku.


"Haaa nah! Pakai la!""Takmau!", marah aku. "Kenapa pulak tak nak? nanti kau tak nampak la.", Fakrul bingung dengan jawapanku.
"Bukan, itu Haikal! dia tak suka aku kalau aku pakai cermin mata ni. Dia yang suruh aku jalan 10 langkah dari sini pastu belok kiri sepuluh langkah lagi.", Terangku.
"Ohh jadi kau tak pakai sebab Haikal la. Kau jalan 10 langkah pastu belok kiri 10 langkah lagi kau berada di tengah-tengah jalan kau tau? Haikal sengaja nak kenakan kau. Siap la dia! meh sini kau ikut aku!", Marah Fakrul sambil menarik tangan aku berlari mendapatkan Haikal yang sedang berbual-bual bersama rakannya.


"Haikal!!", jerit Fakrul. "Apa?!", Jerit Haikal kembali."Kau kenakan Ika kan? sampai hati kau Haikal", marah Fakrul."Tak la Fakrul", aku membela Haikal."Kau dengar tu, ika dah cakap. kenapa nak salahkan aku pulak?""Aku tahu ika ni lurus bendul! Pastu kau senang-senang je pijak kepala dia kan? kau ingat aku tak tahu", marah fakrul.
"Siapa suruh dia percayakan aku. Kawan kau tu bukan sahaja setakat lurus bendul, tapi bodoh! dah la muka macam piring astro ada hati nak kat aku, eeeee tak mau la aku!!", Ketawa Haikal sambil mengeluarkan kata-kata yang sangat menguris perasaan aku.


"Kau jahat, aku ingatkan kau betul-betul sukakan aku", diseka air mata dari mengalir. Lalu ku mengapai cermin mata ku di tangan Fakrul.
"Hahaha kau balik suluh muka kau dulu! tengok cermin! ada hati nak kat aku.", Haikal tertawa lagi.


"Kurang ajar kau haikal!!", satu tumbukkan melekat di muka Haikal. "Fakrul!! sudah!", aku marah fakrul untuk menamatkan situasi yang genting ini. Sampai hati Haikal buat aku camni. Sedihnya aku! Hanya tuhan je yang tahu. Aku belari dan meninggalkan mereka.


"Aku tak cantik ke?", aku membelek-belek wajahku di hadapan cermin. Aku tak boleh putus asa! Aku harus kuat! Aku memunggah baju di dalam almari aku. Tetapi semua tidak cantik. Semua baju itu pernah aku pakai. Aku cuba mencari baju di dalam almari arwah mama. Banyak sungguh baju mama yang masih elok dan cantik-cantik! Seronoknya aku. Esok aku akan pakai baju ni. Biar semua orang terkejut dan terpegun melihat aku.


Hari ini aku datang kerja dengan semangat yang baru. Aku tak mahu orang kutuk aku lagi. Aku rasa hari ni mesti aku cantik. Semua orang memandang aku. Siap senyum lagi.
"Peeeeeeewwwwiiiittt!"
Ada suara mengusikku. Merah padam mukaku. Aku ternampak Haikal sedang menjamu selera di kantin. Aku menyapanya. "Haikal...". Membulat mata haikal melihat aku. Matanya tidak kedip-kedip melihat aku. Kemudian dia ketawa.


"Ika?", masih ada sisa tawanya.
Aku mengangguk kepalaku. Tersipu malu.
"Cantik kau Ika", pujianya disulami tawa.
Malu aku dipujinya tapi kenapa dia ketawa. "Ye, aku berubah ni semua untuk kau. Jadi, kau suka aku tak?"


"Kau ni tak serik-serik ke? Aku nak sukakan kau? Hahahha jangan nak perasan cantik. Nak berubah konon. Mcam opera cina sesat dah aku tengok. Pergi la kau."
Airmata aku jatuh di hadapan orang ramai. Aku belari meninggalkan mereka. Aku rasa terhina. Hodoh sangat ke aku ni?


"Ika? Aku ingatkan sapa tadi. Kenapa ni?", Fakrul menutup mulutnya menahan ketawa. Aku tahu dia juga ketawa melihat aku.
"Gelak la puas-puas. Kau pun sama macam Haikal gelakkan aku. Aku cuma nak cantik. Salah ke? Aku cuma nak Haikal sukakan aku.". Fakrul memandang aku dengan simpati lalu menarik tangan aku masuk ke dalam kereta.
"Nak pergi mana pulak ni?, jap lagi kan nak start keje.", Aku bertanya."Ala kejap je, ikut je sudah la.", jawab fakrul.


Akhirnya kami sampai di sebuah pusat membeli belah. Fakrul sedang memilih-milih pakaian wanita."Kau nak beli untuk girlfriend kau ke?", tanyaku."Nah! cuba kau try ni.""Oh ok!", aku mencuba pakaian yag diberi oleh Fakrul. Cantik sekali. Untung girlfriend Fakrul ni. Banyak gila baju dia pilih untuk girlfriend dia. "Cantik tak?", tanyaku. "Haaa ok cantik dah tu", jawab fakrul. 
"Ok, aku nak buka baju ni nanti busuk pulak""Eh! Tak payah la baju tu aku hadiahkan untuk kau". Wah! Seronoknya aku. Dapat baju free.


"Banyak betul duit kau", tanyaku sedikit bimbang."duit simpanan", balas fakrul."Sekarang kita cuba kasut pulak k? haaaa cuba yang ni. Cantik""Tingginya fakrul. Aku tak reti la. Girlfriend kau suka kasut camni ek?", tanyaku"Okay cuba yang ni, kurang sikit tingginye", fakrul tidak menjawab soalanku. Soalan ku diendahkan."Okay!".


Setelah selesai semua, kami ke butik persolekan. "Eh kau nak beli barang make up untuk awek kau ke?" Tanyaku lagi. Tiap kali soalanku mesti tidak dipedulikan oleh Fakrul."Sekarang kau ikut amoi ni, ikut je k. Aku tunggu kau", kata Fakrul.
Aku berjalan keluar setelah siap. Aku terasa diri aku diuli dan diproses seperti tepung! Aku berdiri betul-betul depan fakrul. Membulat matanya melihat aku. Ternganga juga mulutnya.


"Fakrul.. kau okay?", tanya aku"Ika?", tanya fakrul"Yala, tak kan mak cik kau pulak""Kau cantik sangat. Kau nampak aku?", aku meraba-raba memengang wajahku. Mana kaca mata ku? Oh! amoi tu dah letak kanta lengkap dimataku sebab itu aku boleh melihat wajah fakrul dengan jelas.


"Sekarang cuba kau tengok cermin ni!", Fakrul menarik aku melihat cermin di dalam butik itu."Aku ke ni? Cantiknya". Aku berasa sangat gembira. Apa yang ada didalam fikiran aku hanyalah Haikal. Aku berlari lalu  meninggalkan Fakrul di butik itu.


"Ika!!!", Jerit fakrul aku endahkan.
"Haikal...", Aku menyapa haikal."Sapa ni?", Tanya haikal."Kau tak cam ke suara aku?""Ika? wahh! cantiknya kau! aku sebenarnya memang sukakan kau. Saje je aku test hari tu. Nak tengok kau betul-betul sukakan aku tak. Nampaknya kau betul-betul sukakan aku. Aku pun ika."Aku betul-betul gembira mendengar penjelasan daripada Haikal.


"Aku hantar kau balik ye ika?", Haikal mengajak aku menumpang keretanya. Haikal betul-betul berubah dia melayan aku dengan baik. Siap buka pintu kereta lagi untuk aku. Romantik sungguh! aku segera masuk ke dalam kereta.


"Ikaa!! ish.. mana kau pergi tu dengan haikal? Aku beli semua ni untuk kau.", jerit fakrul setelah kereta haikal bergerak untuk menghantar ku pulang.
Tiba-tiba kereta yang dipandu Haikal berhenti di suatu tempat. Tiada yang lalu lalang di sini. Kawasan ini seperti tiada penghuni.


"Kau sayangkan aku tak?", tanya Haikal kepada aku."Sayang...", jawabku"Apa buktinya?", tanya haikal lagi."Buktinyer? buktinya... hmmm apa yang kau lihat ni la", jawabku.Tiba-tiba Haikal cuba merapatkan badannya ke badan aku."Aku nak kau buktikan sedalam mana kau sayangkan aku""Apa ni haikal?", tanyaku sedikit takut.
Baru dia menghimpitku tiba-tiba pintu kereta terbuka luas. "Kurang ajar kau haikal!", mucul fakrul secara tiba-tiba. aku tidak sedar fakrul mengekori kami.
"Sabar la bro. Barang baik. Kita boleh kongsi sama-sama""Kurag ajar kau haikal!, satu tumbukan hinggap dimuka haikal. "Aku tak suka cara kau, kau ambil kesempatan dengan cinta Ika terhadap kau", Satu tumbukan lagi singgah dimuka haikal.


"Relaks la bro, benda kecik je. Itu pun nak kecoh""Benda kecik kau kata? Ni soal maruah Ika kau tau!!" "Ok aku mintak maaf", kata haikal sambil menghulurkan tangan.


Fakrul menepis tangan haikal lalu mendekati aku. "Kau tak aa-apa ika?"Aku hanya menangis. Bergetar-getar tubuhku."Mari aku hantar kau balik ika"aku hanya mengangguk.


"Haikal.. kau jangan rapat dengan ika lagi. Kalau aku nampak aku pecahkan kepala kau jugak nanti"Haikal masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan mereka.
Tidak ku sangka haikal yang mempunyai rupa paras yang cantik tapi mempunyai hati yang busuk. Aku masuk ke dalam kereta fakrul. Dan fakrul menghantar ku pulang.
Sejak kejadian itu, aku mula menjauhkan diri dari Haikal sebaliknya aku bertambah rapat dengan Fakrul. Fakrul yang mempunyai budi pekerti yang baik. Dia lah hero aku pada malam itu.  
Sebulan kemudian, Fakrul menerangkan semuanya, dia menyukai aku sejak dari mula dia bertemu aku di kilang. Aku tidak menyangka ada juga yang menyukai aku yang buruk ni. Aku sangat bahagia mempunyai Fakrul di sisi aku. Walaupun rupa parasnya sederhana tapi dia mempunyai hati yang baik. The end.

Yeah! Tamat jugak! Hahaha aku rasa ending dia cam tak best ja kan? Hahah takpa la. Nanti-nati aku try la ubah. Akhirnya siap jugak. Dari pukul 11 lebih akhirnya pukul 2.18 pagi siap! Sangat happy! Have a great day all :) Nite.






Taylor Swift :)


Taylor Swift? Sapa tak kenal dia? Hahaha aku rasa orang yang dok hulu je kot tak kenal dia. Silap-silap yang dok hulu tu pun kenal dia! Haha okay. Aku minat gila Taylor Swift ni. Dah la Cute! Suara pun sedap lak tu. Lagu dia pun best-best. Herm lirik lagu dia, semua dia yang buat kan? Kannnnn! Aku rasa tak perlu Diary dah sebab lagu Taylor ni semua macam ada kena mengena je dengan aku. Ok ni memang perasan. Hahahahah.  Haaaaa lagu favourite aku 'You belong with me' and banyak lagi ok! Semua kot aku rasa. Hehehe. Taylor Swift ni muda lagi rasanya. 13 December yang lepas baru dia sambut hari lahir dia yang ke 22. Hahaha Kalau tengok bedasarkan lagu-lagu dia, Semua macam cerita je kan? Yela! Sebab Taylor Swift ni masa umur 12 tahun kot, Dia pernah tulis novel sebab tu lagu-lagu yang dia buat ni semua macam cerita je kan? Rasa aku la. Taktau la bagi orang lain kan kan kan?! Hahahah. Tapi memang hebat lah kan, umur 12 tahun dah boleh buat and tulis novel. Hehehe pandai dia kann. Ikutkan kisah dia, Dia pernah kena buli kat sekolah, sebab tu dia tulis lagu dan novel untuk express her emotions. Betul ke? Hahaha entah la. Aku dengar cita lah. Yang penting lagu-lagu dia semua best kan. Hahaha okay la. 

Okay la, Ingat malam ni nak try buat cerpen kot. Tu pun kalau aku larat taip ni! Hahahah ok. Bye. Have a great day!

Thursday, 26 January 2012

SPM penentu segalanya?

Bosan, bosan dan bosan? Siapa yang baca ni pun mesti bosan jugak kan? Hehehe okay la. Aku ada satu benda nak kongsi sikit ni tau tapi banyak jugak kot! Hahahah. Sementara nak tunggu result SPM kuar kan. Humm aku pun takot jugak. Hehe tu yang sampai tak tido sebab dok online ni. Muahahaha. Ok bagi budak SPM 2011 tak payah ah takot sgt k? walaupun aku pun takot. Aku ada satu cerita nak kongsi. Semua orang pikir kalau budak tu pandai mesti masa depan dia cerah nanti kan? mesti terjamin hidup dia. Mesti ada kerja. Mesti ada semua kan kan kan? Aku tak rasa camtu kot. Semuanya boleh berubah okay! So, hayati lah cerita aku ni ok. Yang penuh dgn pengajaran. Hehehe.


Mama dan ayah tiada di rumah. Mama pergi ke majlis kenduri jiran sebelah dan ayah masih di pejabat. Mama mengajak aku dan Tasha menyertainya tapi kami menolak. Aku memang malas dan tidak berminat untuk menyertai majlis seperti itu. Tasha pula, sewaktu mama mengajak dia sibuk menjahit manik di lengan baju kurungnya itu.


Aku asyik dengan Playstationku di ruang tamu. Tasha sudah siap menjahit dan sedang memasak di dapur. Baunya wangi. Membuatkan perutku berdondang sayang minta di isi. Aku menuju ke dapur. Mengintai apa yang boleh dimakan. Cuba Intai nanti kalau Tasha nampak aku habis pula. Di suruh aku tolongnya memasak. "Ahhh malas la aku. Lagipun ni kan kerja perempuan. Bukan aku. Sebagai seorang lelaki yang Macho konon, kena duduk dan cuma menjamu selera sahaja dan mungkin mengkritik serba sedikit yang tidak kena", Bisik aku di dalam hati. Tapi Tasha memang teror memasak. Tak hairan la. Pakar la katakan.


"Tina! jom la makan", Tasha menjerit memanggil aku. Bingit telingaku kerana kedudukan kami agak berhampiran. Aku datang ke meja makan lalu memuji masakan Tasha yang baunya wangi. Tasha tersengih seperti kerang busuk. Aku selamba mengambil tempat berhadapan Tasha yang menyedokkan lauk pauk ke dalam pingganku. "Wah! Enaknya. Kari kepala ikan masakan Tasha memang tip top!. Telur dadar kesukaanku juga ada. Tidak lupa juga belacan dan budu". Kataku. Belacan dan budu memang kegemaranku. Tidak boleh tinggal. Kalau ditinggal ibarat makan nasi tanpa air. Tak kenyang gitu.


Laju dimasukkan ke dalam mulutku. Apa boleh buat dah lapar. Ibarat tak makan selama 10 hari.


"Tina, Jangan gelojoh. Nanti tercekik kang", Tasha menegurku. "Ok bos", Selamba aku menjawab. Tapi aku masih juga begitu. Makan dengan agak laju dan Tasha? Hanya menggeleng kepala melihat telatahku. 


Selesai makan, Aku meneruskan misi aku dengan Playstationku. Membunuh penjahat-penjahat yang telah membuat tidurku tak lena. "Sorry Sha, I can't help you. Ada misi yang perlu diselesaikan".  Tasha hanya tersenyum mendengar kata-kata aku. Lalu mengemas meja makan dan mencuci pinggan yang telah digunakan. 


"Ya Allah! Tina, Dari mama keluar sampai mama pulang kamu tak sudah lagi main game tu?", Mama mula bising apabila melihat aku yang asyik bermain Playstation. "Tina ada perjuangan ma. Penjahat-penjahat perlu dihapuskan", Aku menjawab selamba. "Mama tahu kamu dah habis exam, tapi buatlah kerja yang berfaedah sikit", Mama bising lagi. "Ya ma, Esok tina tolong mama k?" Kataku. "Esok, esok dan esok! Cuba bantu mama, kemas rumah, lipat baju, sidai kain, cuci pinggan, Masak....." "Itu kerja perempuan la ma", Belum sempat mama habiskan ayat aku memotong. "Habis kamu?!" Aku tersengih mendengar soalan mama. 


"Cuba tengok Tasha tu. Semua kerja dia buat. Boleh juga mama rehat-rehat". Kata mama. "Ya ma, Tasha buat." Balasku, bimbang mama akan melenting lagi.


Seminggu berlalu, Esok keputusan SPM akan  keluar. Aku tahu dan yakin bagaimana rupa keputusanku. Lena tidurku. Tidak aku risau tentang semua itu. Alah bisa tegal biasa. Tidak ku harapkan apa-apa. Aku sedar diri aku. Aku bukanlah pelajar cemerlang seperti Tasha. Tasha yang hebat dan cemerlang. Tasha tak lena tidur. Memikirkan bagaimana rupa keputusan SPMnya. 


Seawal jam 5 pagi Tasha mengejutkan ku untuk mengerjakan solat subuh. "Uiii minah.. awal gile solat subuh. Subuh belom masuk lagi la cik Tasha.. Tahulah awak tu semangat nak ambil result awak". Aku menyambung kembali tidurku. Sejuk..Hujan pula tu. Aku menarik gebarku menutup wajahku. 


Jam 6.30 pagi. Aku terjaga dari tidur. Lantas aku bangun mencuci muka dan mandi. Selepas itu, mengerjakan solat subuh. Selepas solat, aku menjenguk bilik Tasha. Tasha tiada dibiliknya. Tentunya di membantu mama di dapur. Ah! Aku dan Tasha benar-benar berbeza walaupun kami kembar.  Tasha cun, Aku pun cun juga tapi sedikit hensem. Maknanya? Tak de maknanya. 


"Ai baru turun tina?" aku tersengih-sengih saja mendengar ucapan yang keluar dari ulas bibir mama. Mama tentunya kurang senang dengan sikapku. Aku tahu. Aku sudah lama tahu. Namun apa kan daya bukan ku pinta jadi begini. Eh jiwang pula pagi-pagi buta ni. Aku menarik kerusi lalu terus duduk. Aku mencapai minumanku dan terus minum. Tasha menepuk tanganku. "Tunggu ayah". Tasha lambat menegahku. Sudah separuh minuman ku tinggal. Aku cuma tersenyum. Mama menggeleng-geleng kepala melihat aksiku. Membantunya di dapur malas. Tahunya turun, terus breakfast.. Amboi anak raja!


Tepat jam 7 pagi ayah muncul. Ayah memberitahu yang dia tidak boleh menghantar kami ke sekolah kerana ada urusan di pejabat. Kami tidak kisah. Ayah memang selalu sibuk dengan urusan kerjanya. "Lynn jemput kami nanti ayah", Kata Tasha untuk menyedapkan hati ayah dari perasaan besalah kerana tidak dapat menghantar kami ke sekolah. "Nanti bagitahu result k. Ada hadiah tau!", Kata ayah untuk menaikkan semangat kami. Aku tidak mengharapkan apa-apa dari ayah kerana aku tahu, aku tidak akan dapat memperolehinya. Keputusanku tentu saja tidak melayakkan aku mendapatkan apa-apa dari ayah dan mama.


Suasana di SMKGP meriah. Macam ada pesta. Masing-masing dengan gelagat sendiri. Ada yang senyum kegembiraan. Menangis kegembiraan. Ada juga yang menangis kesedihan. Tidak kurang yang memeluk antara satu sama lain dengan senyuman paling manis. Bahagia dan gembira tentunya menerima keputusan. Setelah penat berjuang, akhinya kemenangan milik mereka. Siapa tak suka kan? Wajahku selamba. Macam tiada rasa. Lynn dan Tasha sudah berdebar-debar. Tidak sabar menanti keputusan mereka. Gementar dan takut saling berganti dalam diri mereka. "Tahniah". Ucapan yang keluar dari bibir cikgu Nasyura kepada Tasha. Tasha tersenyum panjang. Matanya pantas melihat slip ditangan. Alhamdulillah. Semuanya A. Syukur. Mama mesti berbangga dengannya. Aku hanya terdiam menerima slip keputusan daripada cikgu Nasyura. Tiada ungkapan yang keluar dari ulas bibir cikgu muda itu.
Aku tahu keputusan aku tidak sebagus Tasha. Ku lipat slip keputusan itu tanpa melihatnya lalu ku simpan di dalam beg. Tasha juga tidak bertanya. Mungkin dia juga mengerti.


"Alhamdulillah", Mama memeluk erat Tasha. Aku hanya diam di sebelah. Sepertinya aku bukan anak mama. Padahal kami kembar. Tentunya kami dilahirkan dari rahim yang sama. "Tina?" , Mama memandang ke arahku. Aku hanya mengangkat bahu. Mama mencapai beg galasku. Lalu diselongkar semua barang-barangku. Slip yang ku lipat diambil buka. Membulat matanya. "Ya Allah! Tina! Sampai hati tina buat macam ni kat mama?! Kenapa sampai tak de A langsung?" Marah mama. "Tina minta maaf, tina tak sepandai Tasha." Jawabku. "Apa pula tak pandai!! Dua-dua mama hantar tusyen. Bagi makanan berkhasiat yang sama. Apa masalahnya tina? Mama.... Belum sempat mama menghabiskan ayatnya aku terus berlari ke bilik. 


Di bilik, aku menghempaskan badanku ke atas katil empukku. Aku merenung sepi ke arah syiling. Lama. Fikiranku kosong. Aku langsung tidak berasa sedih dengan keputusan ku kerana aku tahu sedar aku tidak berusaha langsung ke arah kejayaan. 


"Tina SPM berapa A?", Mak Leha jiranku bertanya. Aku tersenyum tawar.
"Aku tanya ni Tina oiii...." Marah Mak Leha. "Keputusan saya tak Ok pun mak cik oi", Perlahan aku menjawab. "Tasha?", Tanya Mak Leha. "Straight A", aku menjawab.


"Pandai Tasha tu. Kenapa pula kau tak Ok? tu la.. banyak main sangat kau ni. Macam mana nak Okay". Aku cuma diam mendengar kata-kata Mak Leha tu. Tak kisah sangat sebab aku tahu dan faham mulut Mak Leha.


Setiap kali aku keluar rumah. Ke kedai, Ke sungai, Ke mana sahaja. Semua orang yang bertemu menanyakan keputusan SPM aku. Kenapa lah mereka semua sibuk-sibuk nak ambik tahu pasal resultku. Kemudian, mengata pasal aku. Bukan aku nak menuduh tapi itu realitinya. Bukan sekali dua tanya. Banyak kali. Sekali dua aku masih boleh tahan lagi. Tapi dah berulang-rulang kali tanya, buat aku sedih pula. Sedikit menyesal dan malu mengenangkan kesilapan aku. Ah! Menyesal kemudian tidak berguna. 


Banyak tawaran diterima Tasha sehingga dia sendiri pening untuk membuat keputusan. Mama dan ayah tidak kisah dengan pilihan Tasha. Mereka akan tetap menyokong. Begitu juga dengan aku. Aku tidak kisah dengan pilihan Tasha. Namun, jauh disudut hati aku berasa sedih. Aku terpaksa berjauhan dengan Tasha. Tiada lagi orang yg akan mengosok baju aku. melipat bajuku. Mengemas katilku. Selepas ini aku terpaksa melalukannya sendiri. Kalau sebelom ni aku banyak makan hati dengan mama. Tasha yang selalu membuatku tersenyum. Apabila aku dikenakan hukuman oleh mama. Tasha yang selalu memujuk mama agar meringankan hukuman yang dikenakan. 


Tasha kini menyambung pelajarannya di sebuah IPTA di Kuala Lumpur. Itupun setelah penat aku memujuknya. Ikutkan hatinya dia tidak mahu berjauhan dengan aku. Namun apakan daya, aku terpaksa memujuk dia agar tidak mengecewakan harapan mama dan ayah. 


Sudah setahun Tasha berada di Kuala Lumpur bermakna sudah setahun jugalah aku bekerja di bengkel kereta milik encik Hisham. Sibuk aku denga kerja-kerjaku. Walaupun aku perempuan, tetapi aku lebih berminat dalam bidang automotif. Jadi tak salah rasanya aku menimba pengalaman di sini. Tapi mama asyik bising di rumah. Katanya aku bergaul dengan mat-mat rempit. Alahai mama! Bukan aku berkawan dengan mereka tapi mereka customer kat bengkel ni. Tapi mama tak pernah faham. Mama cakap aku ni macam-macam la. Tapi aku tahu mama tentunya risaukan aku. Almaklumlah aku ni anak perempuannya. Maknanya mama pun sayang aku. Bahagia aku dibuatnya!. Yalah, sebelum ni asyik puji Tasha je kan? Kadang-kadang cemburu juga aku dibuatnya. 


Semenjak Tasha tiada, tugas-tugas Tasha semua aku yang lakukan. Tak sangka juga aku ni pandai juga masak. Boleh lawan Tasha sudah! Sekarang mama hanya tinggal goyang kaki ja. Sekarang mama menghabiskan masa terluangnya menjahit manik. Katanya mahu menyimpan duit sedikit untuk pelajaran Tasha. Mama tidak mahu Tasha terganggu.  Kadang-kadang tidak tidur mama menyiapkan jahitan manik untuk pelanggannya. Kasihan mama. Yang penting Tasha dapat belajar dengan selesa. Besarnya perngorbanan ibu. Basah mataku. 


"Ma...." aku menegur mama. Mama menoleh ke arahku dan menghulurkan sekuntum senyuman. "Tina ingat nak sambung belajar la ma". "Tina nak belajar apa?", Tanya mama. "Tina nak belajar kemahiran. Ketuk body dan cat kereta". Membulat mata mama mendengarnya. Mama menasihati aku. Apa boleh buat. Aku hanya berdiam. Tapi aku tetap akan belajar menggunakan duit kerja aku sendiri. 


Sepuluh tahun kemudian, Aku membuka bengkelku sendiri. Aku berbangga dengan kejayaanku kerana bengkelku semakin maju. Mama pun sudah tersenyum melihat kejayaan aku. Ayah sudah tidak bekerja lagi.  Hanya dirumah bercucuk tanam. Bosan katanya, jadi dibelakang rumahku di tanam pelbagai jenis sayuran. Jadi tak perlu la nak beli sayur di pasar lagi. Mama pula tidak menjahit lagi. Hanya menjaga cucunya. Anak-anak kepada Tasha. Dan Tasha? Tasha sudah berumah tangga dan mempunyai 4 orang anak. Dia menjadi surirumah sepenuh masa. Tiba-tiba aku teringat kisah beberapa tahun lalu..


"Maafkan Tasha ma. Sha bukan sengaja". Tasha menangis teresak-esak. Melutut dihadapan mamaku. Ayah sejak tadi hanya diam. Menjadi pemerhati. Aku juga begitu. Tidak ku sangka Tasha sanggup melalukan ini semua. Penat ayah dan mama cari duit untuk melihat dia berjaya. "Maafkan Sha, Ayah".
"Mama tak sangka kamu buat begitu pada kami. Mama hantar kamu ke sana untuk belajar bukan untuk cari jantan!". Marah sekali mama. Tasha belari masuk ke dalam bilik. Aku mengekori Tasha.


"Ceritakan pada tina kenapa jadi macam ni?" Aku bertanya perlahan.  Tasha memeluk aku.
lalu menjawab. "Kejutan budaya, Kita orang kampung. Pertama kali datang kota besar Sha silap pilih kawan". Dari seorang gadis kampung, Tasha menjadi gadis moden. Paling glamour. Dari situ Tasha hanyut. Keseronokkan membutakan Tasha sehingga dibuang kolej.


Itu kisah lalu. Kisah yang banyak memberi pengajaran kepada aku tentunya. Kini Tasha sudah bahagia. Bahagia bersama anak dan suami yang dicintainya. Anak Tasha juga kembar seperti kami. Rina dan Rini Persis seperti kami, Rini agak sedikit kasar. Rina pula lebih pandai dari Rini. Tapi, Tasha sayang akan kedua-duanya. Tasha tinak pernah membezakan kasih sayang dia terhadap anak-anaknya. Tasha sedar dia pernah mengecewakan ayah dan mama. Satu hari apabila anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke IPTA, Tasha akan pantau. Setinggi mana pun kepercayaan terhadap anaknya, Pantauan itu perlu. 


Dan aku? Aku masih bujang seperti dahulu. Walupun taukey workshop, tapi aku sudah pandai berbaju kurung dan menempek bedak sedikit di wajahku. Aku sedar, Selama ni aku bukan bodoh. Aku juga boleh. Walaupun aku gagal SPM ku, namun kegagalan aku pada masa lalu tidak bermakna aku akan gagal buat selama-lamanya. 


Sekian!
 Itulah kisahnya. Sakit tangan aku. Huhu dari pukul satu aku tulis. pukul 3.55 baru siap!!! :( Harap memberi pengajaran kepada semua okay? Gotta go. Nak tidur ah. Huhu bye :)

Newbie ;)

Hello!! I'm new here. Harap yang pro-pro dapat beri tunjuk ajar k! Hahaha first time buat blog macam-macam dugaan kot. Hahaha lebih berjam-jam mengadap benda ni. Edit sana. Edit sini. Sampai aku give up. Berhenti sekejap, pastu try buat balik. Hahahha lepas dah berjam-jam membelek-belek blog ni baru lah aku boleh. Alhamdulillah!! Yes!! boleh jugak. Hahaha k aku memang pulun. Hehehe nak letak background pun tak reti kalau tidak. Hehehe terok terok!! sekarang dah reti sikit. Tired gila wey!! Hahahah take a break jap ah ok? :p