Try hasilkan Cerpen berunsurkan sejarah sikit. Idea dari my cousin :)
1 September 1939, Peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakkan dalam dunia sejarah moden dan mengorbankan paling banyak nyawa. Tetapi, peperangan itulah yang menemukan aku dengan seorang gadis yang istimewa bagi aku. Peperangan ini berpunca daripada Nazi yang mendakwa kaum yahudi menjadi penyebab orang Jerman tidak maju, mahu merampas hak kulit putih dan sebagainya. Apabila sebahagian rakyat Jerman mula percaya dengan slogan ketuanan kulit putih ini, dapat memudahkan Hitler dan Nazi untuk meminggirkan dan menindas kaum yahudi. Mulanya harta kami dirampas, kami diasingkan daripada mendatangi tempat-tempat yang dikhususkan untuk kulit putih dan pelbagai lagi penindasan lain.
Agnieszka Anton, Seorang gadis Poland yang berusia 17 tahun. Pertemuan kami secara tidak sengaja di dalam kereta api menuju ke Kem Tahanan Auschwitz, apabila sehelai sapu tangan yang bewarna merah jambu bersulamkan nama Agnieszka jatuh di hadapanku.
"Agnieszka?", Aku memanggil. Untuk mengetahui siapa pemilik sapu tangan itu.
Tiba-tiba seorang gadis muda berkulit putih menoleh. Wajahnya yang sungguh menawan dan bibirnya yang merah mengukir senyuman kearahku membuatkan aku terpukau seketika.
"Awak panggil saya?", Katanya.
Aku masih terpukau dengan kecantikkannya.
"Hey! awak panggil saya ke tadi?", Dia bertanya sambil tangannya melambai-lambai di hadapan wajahku.
Aku tersedar dari lamunan.
"Awak Agnieszka? Sapu tangan ini milik awak?", Aku bertanya sambil menunjukkan sehelai sapu tangan kepadanya.
"Ya! Macamla boleh jatuh ni. Terima kasih. Sapu tangan ini sangat penting. Ini hadiah dari nenek saya. Kalau hilang pasti nenek saya sedih disana", Katanya.
"Di sana? maksud awak?", Tanyaku.
"Oh, di syurga! Nenek saya telah lama meninggal", jawabnya.
"Oh..maaf! saya tak tahu"
"Tak mengapalah!", Agnieszka berkata sambil tersenyum.
Wajahnya sungguh jelita. Senyumannya sangat manis. Boleh membuatkan mana-mana kaum adam cair dan terpukau oleh senyumannya.
Sejak dari pertemuan itu kami bersahabat baik. Dia memperkenalkan dirinya kepadaku. Menceritakan bahawa dia terpaksa ke Auschwitz untuk mendapatkan tempat tinggal yang baru atas janji-janji yang dijanjikan oleh pihak Jerman.
"Saya ke Auschwitz untuk mendapatkan tempat tinggal yang baru. Awak dari mana?", Tanya Agnieszka.
"Austria", aku menjawab sambil tersenyum.
"Nama?", Tanya Agnieszka lagi.
"Manuel, Ya! Manuel Hunn",Jawabku.
Dia senyum mendengarkan namaku.
Sebenarnya, aku ke Auschwitz untuk mendapatkan tempat tinggal yang baru juga. Memulakan hidup yang baru seperti yang dijanjikan oleh pihak Jerman. Kami langsung tidak menyangka kami ke Auschwitz untuk menjadi hamba di Kem Tahanan di sana.
Hampir sebulan aku mengenali gadis yang bernama Agnieszka. Hampir sebulan jugalah kami berkongsi cerita tentang keluarga dan pelbagai lagi di dalam keretapi ini. Sebelum tidur, Agnieszka selalu meminta aku bercerita untuknya. Katanya dia suka mendengar aku bercerita.
"Akhirnya tuan Puteri dan Putera Ken hidup dengan aman...", Aku tidak menyedari Agnieszka sudah tertidur di bahu ku. Aku menyelimutkannya dan membiarkan dia tidur di bahuku. Iyalah, Agnieszka tidak mempunyai keluarga. Bahkan wajah ibu bapanya sendiri tidak pernah dilihat olehnya. Dia hanya tinggal bersama Neneknya. Tetapi malang, Neneknya juga meninggalkannya sewaktu usianya 15 tahun. Aku simpati bila mengingatkan kisah tentang kehidupan gadis ini.
Aku merasakan Agnieszka seorang gadis yang baik. Aku tidak mahu dia tinggal beseorangan apabila kami sampai di Auschwitz. Aku merancang untuk memberitahu bahawa aku akan melamarnya sebaik sahaja tiba di Auschwitz nanti.
Hari ini kami akan tiba di Auschwitz. Hari yang mungkin akan menjadi paling bermakna buat aku dan Agnieszka. Aku akan melamar Agnieszka hari ini sebaik sahaja tiba nanti.
"Sebentar lagi saya akan tinggal seorang diri, Awak akan tinggal saya dan mulakan hidup yang baru. Saya akan keseorangan", Kata Agnieszka.
Aku dapat melihat Air mata di wajahnya.
"Tidak, Sebentar lagi awak pasti tidak akan keseorangan. Percayalah saya. Saya tak akan tinggalkan awak. Awaklah gadis yang saya cari dan saya sudah jatuh cinta dari sewaktu pertama kali melihat awak", Aku berkata sambil megenggam erat tangan Agnieszka.
Agnieszka tersenyum. Pipinya merah sekali. Comel! Kami berdua sepertinya tidak tenang dan sabar untuk sampai ke Auschwitz bagai cacing kepanasan.
Sebaik saja tiba di Auschwitz, Kami terkejut apabila turun daripada kereta api itu, seorang nenek tua di tarik oleh salah seorang Tentera Nazi untuk mengikut mereka. Kami berdua dan juga ramai lagi dipaksa mengikut Tentera Nazi untuk ke Kem Tahanan.
"Saya takot", Kata Agnieszka.
"Takpe, Saya ada. Saya akan melindungi awak nanti", kataku ibarat seorang pahlawan yang dapat melindungi Agnieszka.
Di Kem Tahanan Auschwitz, Josef Mengele, Seorang yang cukup sinonim dengan holokus terutamanya kekejaman yang berlaku di Kem Tahanan Auschwitz. Diberi gelaran 'Malaikat Maut' kerana hanya dengan lambaian tangannya ke kiri atau ke kanan boleh menentukan seseorang itu akan hidup atau mati di Kem Tahanan ini.
"Saya takot....", Perkataan yang sama diucapkan oleh Agnieszka lagi.
Aku hanya diam. Perasaan takot juga menyelubungi diri ini. Aku mengenggam erat tangan Agnieszka.
Tentera Nazi menarik tangan Agnieszka untuk diasingkan. Agnieszka meronta-ronta. Menjerit memanggil aku.
"Jangan sentuh dia!!!", Jerit aku.
Aku cuba untuk menyelamatkan Agnieszka tetapi aku yang dibelasah teruk oleh Tentera Nazi dan pegawai polis.
Akhirnya kami terpaksa diasingkan. Kami terpisah!. Wanita dan kanak-kanak Yahudi terpaksa dihantar ke kamar gas untuk mati dan dijadikan bahan eksperimen oleh Josef Mengele kerana mereka kaum yang lemah dan tidak berguna bagi mereka.
Aku pula masih diberi peluang untuk hidup untuk dijadikan hamba kerahan tenaga bagi mereka kerana aku masih mampu melakukan pekerjaan. Aku tidak menyangka Cinta aku dan Agnieszka berakhir seperti ini.
Aku mendengar berita bahawa sewaktu kaum wanita dan kanak-kanak dibunuh, Mereka dipaksa melucutkan pakaian. Tidak dibenarkan memaikai seutas benang di badan! Mereka kejam! Mereka bunuh Agnieszka!!
Beberapa tahun kemudian, Aku dibebaskan dari tahanan.Semua tahanan dibebaskan dan dibenarkan pulang ke tempat asal masing-masing. Ketika di dalam kereta api, aku teringat akan kenangan aku bersama Agnieszka. Perkenalan kami dan kenangan-kenangan bersama. Indah pada waktu itu! Aku tidak pernah melupakan Agnieszka dan tidak akan sesekali melupakannya! Aku berharap Agnieszka juga begitu. Agnieszka akan selalu berada di dalam hati aku. Selamanya.
Tamat
Hahaha sudah la. Nanti makin banyak aku mengarut. Anyway, Thanks untuk cousin aku, Nuraqila Mohd Murshid yang banyak memberikan info-info sejarah ni! Hehe! Nite :)


No comments:
Post a Comment