Okay. Aku rasa nak buat satu cerita setelah selesai bercomment-coment dan chatting dengan kawan-kawan aku ni. Tiba-tiba dapat ilham pulak nak buat satu cerita ni. Yela. Kawan aku request cerpen cinta pulak. So, nak try la. Mana la tau jadi ke kan kan? Heheh aarghh suka tulis 'kan kan' ni. Aku rasa jangkit daripada budak tu ah. Budak tu? Haha sapa ya? Rahsia la! :p Ok, Skg ni orang bercinta semua pandang rupa je kan? Yg handsome, mesti lah nak yg cantik. Tambah yang tak handsome pun nak yang cantik kan? Huhu. Ok la. Cerpen ni ada kena mengena la jugak dengan aku cakap tadi ni. Ok jom start k!
Bercakap tentang lelaki idaman, mesti semua orang ada lelaki idaman masing-masing kan? Aku pun ada jugak.Dia memang kacak. Muka ala-ala 'Zain Saidin' yang tengah hot berlakon drama Gemersik Kalbu tu tau. Dia ni kira rebutan gadis di luar sana la. Termasuk la aku.
Nama dia Haikal. Classmate aku dulu masa di sekolah menengah dan sekarang kerja pun tempat yang sama. Kebetulan atau jodoh ya? Aku tersenyum bila memikirkannya. Ala.. kami cuma kerja kilang aje. Walaupun kerja kilang, aku tak kisah. Janji halal. Tak macam sesetengah orang tu. Sibuk nak kejar Dato tu la, Dato ni la. Last-last dapat datuk tua kerepot! Kesian kan? Aku tak kisah kalau bakal suami aku ni tak kerja besar pun. Asalkan bekerja dan boleh membahagiakan aku.
Cerita pasal suami, mahu ke Haikal jadi suami aku? Mahu ke terima aku? Aku yang terhegeh-hegeh nakkan dia. Entah dia sikit pun tak pandang aku ni! Aku tahu, Aku dengan dia banyak sangat perbezaan. Siapalah yang sanggup peristerikan perempuan berkaca mata tebal macam aku ni? Aku bukan saja-saja nak pakai cermin mata tebal. Tapi aku memang betul-betul tak nampak. Semua rabun aku sebat. Rabun jauh. Rabun dekat. Nasib tak buta. Alhamdulillah. Masih boleh dapat melihat alam ciptaan Allah ini.
Tiba-tiba mata aku tertumpu pada seseorang. Dia betul-betul berada dihadapan aku. Siapa lagi kalau bukan Haikal. Rasa nak tercabut saja jantung aku.
"Hai Haikal..." aku melambai tangan ke arahnya. Aku tersenyum. Tapi dia buat tak tahu saja. Sedihnya aku!
"Hai je? Pergi la dekat dia.. tegur dia. Setakat lambai camni aku pun tak layan", Tegur Fakrul yang duduk di sebelah aku.
"Tak mau, kalau dia tak layan aku macam mana?", balasku. "Cuba dulu, baru tahu", Fakrul memberi cadangan kepada aku.
Aku berjalan menuju Haikal. Tapi dia semakin jauh. "Lari la Ika!", Jerit Fakrul. Aku cuba mendengar kata-kata Fakrul. Tercunggap-cunggap aku berlari mengejar Haikal.
"Haikal!!!....", jerit aku. "Kau nak apa Ika?!", Jerit Haikal seolah-olah tidak suka aku memanggil namanya."Aku.....", Terketar-ketar aku untuk mengeluarkan kata-kata apabila melihat wajah Haikal. Wah! Dia memang kacak. Bisik aku di dalam hati. "Kau nak apa ni?! Cepat la.. Aku ada kerja lagi ni", Jerit Haikal semakin kuat. Aku terkejut lalu menjawab "Aku nak kau! erkk..", Malu aku apabila mengeluarkan kata-kata itu. Betul ke apa aku cakap? Aku gementar. "Kau nak aku? Jadi kau sukakan aku la?", Tanya Haikal.
Aku cuma mengangguk kepala. Di dalam hati aku berasa amat gembira. Yes! Haikal senyum juga. Entah-entah dia pun sukakan aku macam aku sukakan dia. Haikal kemudian menarik cermin mata aku."Pinnnnnnnnn!!!!"
"Kau nampak?", Tanya Haikal. "Mana la aku nampak sebab kau buang cermin mata aku.", Jawabku."Kalau kau sukakan aku, kau kena jangan pakai cermin mata. Aku lebih suka kau tak pakai cermin mata. Boleh kan?". Aku dengan laju menjawab "Boleh!!" kerana terlalu gembira aku pun menjawab dengan laju dan bersetuju tidak memakai cermin mata. Haikal membuang kaca mataku di dalam tong sampah. "Eh! Tapi kalau aku tak pakai camne aku nak jalan?", tanya aku."Ala.. kau jalan terus 10 langkah dari sini, pastu kau belok kanan k? sampai la bus top tu". Aku tersenyum mendengar jawapan Haikal. Alangkah gembiranya hati aku ni. Aku mengikut apa yang di katakan oleh Haikal.
Semasa aku mengira langkah aku perlahan-lahan sambil memikirkan aku sedang bemesra-mesraan bersama Haikal, Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi.
Bingit telinga aku. Tiba-tiba terdengar suara Fakrul menjerit. "Ika! Apa kau buat ni? kau nak mati ke?", marah Fakrul sambil menolak aku ke tepi. "Oii! Buta ke?", ada suara laki menjerit.
"Bila masa nak mati pulak. Nak naik bas la. Nak balik rumah ni Fakrul!", Jawab aku. "Bas? kepala hotak kau! Kau ada kat tengah-tengah jalan ni tau, nasib aku nampak kau! mana cermin mata kau?", Marah sungguh Fakrul.
"Ish taktau la. Aku jalan dari sana tu tadi. Mungkin kat Tong sampah tu.", jawab aku. "Kau tunggu sini jangan pergi mana tau! nanti aku datang." Fakrul mengarahkan aku duduk di situ dan dia mencari cermin mataku.
"Haaa nah! Pakai la!""Takmau!", marah aku. "Kenapa pulak tak nak? nanti kau tak nampak la.", Fakrul bingung dengan jawapanku.
"Bukan, itu Haikal! dia tak suka aku kalau aku pakai cermin mata ni. Dia yang suruh aku jalan 10 langkah dari sini pastu belok kiri sepuluh langkah lagi.", Terangku.
"Ohh jadi kau tak pakai sebab Haikal la. Kau jalan 10 langkah pastu belok kiri 10 langkah lagi kau berada di tengah-tengah jalan kau tau? Haikal sengaja nak kenakan kau. Siap la dia! meh sini kau ikut aku!", Marah Fakrul sambil menarik tangan aku berlari mendapatkan Haikal yang sedang berbual-bual bersama rakannya.
"Haikal!!", jerit Fakrul. "Apa?!", Jerit Haikal kembali."Kau kenakan Ika kan? sampai hati kau Haikal", marah Fakrul."Tak la Fakrul", aku membela Haikal."Kau dengar tu, ika dah cakap. kenapa nak salahkan aku pulak?""Aku tahu ika ni lurus bendul! Pastu kau senang-senang je pijak kepala dia kan? kau ingat aku tak tahu", marah fakrul.
"Siapa suruh dia percayakan aku. Kawan kau tu bukan sahaja setakat lurus bendul, tapi bodoh! dah la muka macam piring astro ada hati nak kat aku, eeeee tak mau la aku!!", Ketawa Haikal sambil mengeluarkan kata-kata yang sangat menguris perasaan aku.
"Kau jahat, aku ingatkan kau betul-betul sukakan aku", diseka air mata dari mengalir. Lalu ku mengapai cermin mata ku di tangan Fakrul.
"Hahaha kau balik suluh muka kau dulu! tengok cermin! ada hati nak kat aku.", Haikal tertawa lagi.
"Kurang ajar kau haikal!!", satu tumbukkan melekat di muka Haikal. "Fakrul!! sudah!", aku marah fakrul untuk menamatkan situasi yang genting ini. Sampai hati Haikal buat aku camni. Sedihnya aku! Hanya tuhan je yang tahu. Aku belari dan meninggalkan mereka.
"Aku tak cantik ke?", aku membelek-belek wajahku di hadapan cermin. Aku tak boleh putus asa! Aku harus kuat! Aku memunggah baju di dalam almari aku. Tetapi semua tidak cantik. Semua baju itu pernah aku pakai. Aku cuba mencari baju di dalam almari arwah mama. Banyak sungguh baju mama yang masih elok dan cantik-cantik! Seronoknya aku. Esok aku akan pakai baju ni. Biar semua orang terkejut dan terpegun melihat aku.
Hari ini aku datang kerja dengan semangat yang baru. Aku tak mahu orang kutuk aku lagi. Aku rasa hari ni mesti aku cantik. Semua orang memandang aku. Siap senyum lagi.
"Peeeeeeewwwwiiiittt!"
Ada suara mengusikku. Merah padam mukaku. Aku ternampak Haikal sedang menjamu selera di kantin. Aku menyapanya. "Haikal...". Membulat mata haikal melihat aku. Matanya tidak kedip-kedip melihat aku. Kemudian dia ketawa.
"Ika?", masih ada sisa tawanya.
Aku mengangguk kepalaku. Tersipu malu.
"Cantik kau Ika", pujianya disulami tawa.
Malu aku dipujinya tapi kenapa dia ketawa. "Ye, aku berubah ni semua untuk kau. Jadi, kau suka aku tak?"
"Kau ni tak serik-serik ke? Aku nak sukakan kau? Hahahha jangan nak perasan cantik. Nak berubah konon. Mcam opera cina sesat dah aku tengok. Pergi la kau."
Airmata aku jatuh di hadapan orang ramai. Aku belari meninggalkan mereka. Aku rasa terhina. Hodoh sangat ke aku ni?
"Ika? Aku ingatkan sapa tadi. Kenapa ni?", Fakrul menutup mulutnya menahan ketawa. Aku tahu dia juga ketawa melihat aku.
"Gelak la puas-puas. Kau pun sama macam Haikal gelakkan aku. Aku cuma nak cantik. Salah ke? Aku cuma nak Haikal sukakan aku.". Fakrul memandang aku dengan simpati lalu menarik tangan aku masuk ke dalam kereta.
"Nak pergi mana pulak ni?, jap lagi kan nak start keje.", Aku bertanya."Ala kejap je, ikut je sudah la.", jawab fakrul.
Akhirnya kami sampai di sebuah pusat membeli belah. Fakrul sedang memilih-milih pakaian wanita."Kau nak beli untuk girlfriend kau ke?", tanyaku."Nah! cuba kau try ni.""Oh ok!", aku mencuba pakaian yag diberi oleh Fakrul. Cantik sekali. Untung girlfriend Fakrul ni. Banyak gila baju dia pilih untuk girlfriend dia. "Cantik tak?", tanyaku. "Haaa ok cantik dah tu", jawab fakrul.
"Ok, aku nak buka baju ni nanti busuk pulak""Eh! Tak payah la baju tu aku hadiahkan untuk kau". Wah! Seronoknya aku. Dapat baju free.
"Banyak betul duit kau", tanyaku sedikit bimbang."duit simpanan", balas fakrul."Sekarang kita cuba kasut pulak k? haaaa cuba yang ni. Cantik""Tingginya fakrul. Aku tak reti la. Girlfriend kau suka kasut camni ek?", tanyaku"Okay cuba yang ni, kurang sikit tingginye", fakrul tidak menjawab soalanku. Soalan ku diendahkan."Okay!".
Setelah selesai semua, kami ke butik persolekan. "Eh kau nak beli barang make up untuk awek kau ke?" Tanyaku lagi. Tiap kali soalanku mesti tidak dipedulikan oleh Fakrul."Sekarang kau ikut amoi ni, ikut je k. Aku tunggu kau", kata Fakrul.
Aku berjalan keluar setelah siap. Aku terasa diri aku diuli dan diproses seperti tepung! Aku berdiri betul-betul depan fakrul. Membulat matanya melihat aku. Ternganga juga mulutnya.
"Fakrul.. kau okay?", tanya aku"Ika?", tanya fakrul"Yala, tak kan mak cik kau pulak""Kau cantik sangat. Kau nampak aku?", aku meraba-raba memengang wajahku. Mana kaca mata ku? Oh! amoi tu dah letak kanta lengkap dimataku sebab itu aku boleh melihat wajah fakrul dengan jelas.
"Sekarang cuba kau tengok cermin ni!", Fakrul menarik aku melihat cermin di dalam butik itu."Aku ke ni? Cantiknya". Aku berasa sangat gembira. Apa yang ada didalam fikiran aku hanyalah Haikal. Aku berlari lalu meninggalkan Fakrul di butik itu.
"Ika!!!", Jerit fakrul aku endahkan.
"Haikal...", Aku menyapa haikal."Sapa ni?", Tanya haikal."Kau tak cam ke suara aku?""Ika? wahh! cantiknya kau! aku sebenarnya memang sukakan kau. Saje je aku test hari tu. Nak tengok kau betul-betul sukakan aku tak. Nampaknya kau betul-betul sukakan aku. Aku pun ika."Aku betul-betul gembira mendengar penjelasan daripada Haikal.
"Aku hantar kau balik ye ika?", Haikal mengajak aku menumpang keretanya. Haikal betul-betul berubah dia melayan aku dengan baik. Siap buka pintu kereta lagi untuk aku. Romantik sungguh! aku segera masuk ke dalam kereta.
"Ikaa!! ish.. mana kau pergi tu dengan haikal? Aku beli semua ni untuk kau.", jerit fakrul setelah kereta haikal bergerak untuk menghantar ku pulang.
Tiba-tiba kereta yang dipandu Haikal berhenti di suatu tempat. Tiada yang lalu lalang di sini. Kawasan ini seperti tiada penghuni.
"Kau sayangkan aku tak?", tanya Haikal kepada aku."Sayang...", jawabku"Apa buktinya?", tanya haikal lagi."Buktinyer? buktinya... hmmm apa yang kau lihat ni la", jawabku.Tiba-tiba Haikal cuba merapatkan badannya ke badan aku."Aku nak kau buktikan sedalam mana kau sayangkan aku""Apa ni haikal?", tanyaku sedikit takut.
Baru dia menghimpitku tiba-tiba pintu kereta terbuka luas. "Kurang ajar kau haikal!", mucul fakrul secara tiba-tiba. aku tidak sedar fakrul mengekori kami.
"Sabar la bro. Barang baik. Kita boleh kongsi sama-sama""Kurag ajar kau haikal!, satu tumbukan hinggap dimuka haikal. "Aku tak suka cara kau, kau ambil kesempatan dengan cinta Ika terhadap kau", Satu tumbukan lagi singgah dimuka haikal.
"Relaks la bro, benda kecik je. Itu pun nak kecoh""Benda kecik kau kata? Ni soal maruah Ika kau tau!!" "Ok aku mintak maaf", kata haikal sambil menghulurkan tangan.
Fakrul menepis tangan haikal lalu mendekati aku. "Kau tak aa-apa ika?"Aku hanya menangis. Bergetar-getar tubuhku."Mari aku hantar kau balik ika"aku hanya mengangguk.
"Haikal.. kau jangan rapat dengan ika lagi. Kalau aku nampak aku pecahkan kepala kau jugak nanti"Haikal masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan mereka.
Tidak ku sangka haikal yang mempunyai rupa paras yang cantik tapi mempunyai hati yang busuk. Aku masuk ke dalam kereta fakrul. Dan fakrul menghantar ku pulang.
Sejak kejadian itu, aku mula menjauhkan diri dari Haikal sebaliknya aku bertambah rapat dengan Fakrul. Fakrul yang mempunyai budi pekerti yang baik. Dia lah hero aku pada malam itu.
Sebulan kemudian, Fakrul menerangkan semuanya, dia menyukai aku sejak dari mula dia bertemu aku di kilang. Aku tidak menyangka ada juga yang menyukai aku yang buruk ni. Aku sangat bahagia mempunyai Fakrul di sisi aku. Walaupun rupa parasnya sederhana tapi dia mempunyai hati yang baik. The end.
Yeah! Tamat jugak! Hahaha aku rasa ending dia cam tak best ja kan? Hahah takpa la. Nanti-nati aku try la ubah. Akhirnya siap jugak. Dari pukul 11 lebih akhirnya pukul 2.18 pagi siap! Sangat happy! Have a great day all :) Nite.


No comments:
Post a Comment